Sazali ialah anakanda Dato' Meor Abdul Rahman yang diberi gelaran "Harimau Berantai" oleh ayahandanya, berdasarkan permainan Seni Gayongnya. Beliau adalah anak kandung "Tarzan Malaya" di Singapura.
Menceritakan tentang perihal ayahandanya, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, Sazali menyatakan ayahandanya adalah seorang yang tegas sewaktu melatih anak muridnya dalam persilatan. Walaupun Sazali adalah anakanda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, tetapi latihan yang diterima oleh Sazali adalah lebih berat berbanding anak-anak murid ayahandanya yang lain. Setiap hari Sazali diarah melakukan senaman lompat arnab("pumping")ke hadapan dan ke belakang sebanyak 1000 kali, sehingga beliau berasa sengal-sengal seluruh anggota badannya dan mengalami kesukaran untuk berjalan; lebih-lebih lagi untuk mencangkung ketika hendak membuang air besar. Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman sering menekankan tentang keperluan kekuatan tangan dan kaki dalam persilatan. Untuk kekuatan kaki, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman menyuruh Sazali mengangkat besi angkat berat. Besi angkat berat akan diletakkan di atas bahu, dan Sazali diminta membuat gerakan turun-naik berkali-kali. Selain daripada itu, Sazali juga diminta meletakkan sebuah kerusi di hadapannya. Selepas itu beliau diminta melakukan sepak layang melepasi kerusi kanan dan kiri bersilih ganti, juga sebanyak berkali-kali. Untuk kekuatan tangan, Sazali diminta memegang dengan dua tangan besi angkat berat yang kecil, dan beliau diminta menjulang besi tersebut turun naik sebanyak beberapa kali.
Sazali pernah memberontak dan melawan ayahandanya tersebut. Malah beliau telah mencabar Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman dengan kata-kata,"Ayah ingat, ayah seorang sahaja yang sendo. Nah! Ini dia sendo seorang lagi!" kata Sazali sambil menghunus sundang. Tiba-tiba Mahaguru Meor Abdul Rahman sudah berada di hadapannya sambil berkata,"Apa kau kata?" Kerana terkejut, Sazali telah mengatur langkah seribu untuk melarikan diri, dengan sundang yang dipegang hilang entah ke mana.
Menurut Sazali, ayahandanya Dato' Meor Abdul Rahman sangat sayangkan binatang. Di rumahnya terdapat banyak haiwan liar seperti harimau kumbang, beruang dan ular sawa yang dipelihara di dalam kandang. Haiwan-haiwan tersebut diperoleh sewaktu bertembung di dalam perjalanan untuk mengembangkan Gayong. Kerana sayangkan haiwan-haiwan berkenaan, Dato' Meor Abdul Rahman pernah mengarahkan anakandanya, Sazali memanggil rakan-rakan sekolahnya menghadiri "upacara pengkebumian" haiwan peliharaannya tersebut. Sazali dan rakan-rakannya diminta membuat tabik hormat manakala Dato' Meor Abdul Rahman pula melepaskan tujuh das tembakan pistol ke udara. Begitulah cara Dato' Meor Abdul Rahman menunjukkan kasih sayang beliau terhadap haiwan liar peliharaannya.
Ada beberapa cerita mengenai Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman yang tidak dapat dilupakan oleh Sazali. Suatu ketika, semasa Sazali sedang bermalam di makam Daing Kuning bersama-sama ayahandanya Dato' Meor Abdul Rahman dan Pak Naning, beliau telah terlihat kelibat lembaga hitam yang besar dan tinggi, setinggi pokok kelapa. Pada ketika itu Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman berada agak jauh dari tempat kedudukan Sazali. Pak Naning telah menyuruh Sazali membaca Surah Al-Lahab berkali-kali sehinggalah lembaga tersebut hilang dari pandangan. Pak Naning, menurut Sazali berkebolehan menawarkan air laut iaitu secara dibuat pusaran dengan jari telunjuk pada air laut dan Sazali diminta mengambil air di bahagian tengah pusaran, yang ternyata telah menjadi tawar! Pak Naning juga pernah dilihat oleh Sazali tidak basah tubuhnya oleh air hujan yang turun mencurah-curah. Menurut Sazali, Pak Naning mengamalkan bacaan-bacaan yang diambil di dalam sembahyang.
Ketika sedang menunggu durian di kawasan berdekatan dengan makam Daing Kuning bersama-sama dengan seorang rakannya, Sazali telah bercerita untuk menghilangkan rasa mengantuk. Setelah terdengar bunyi buah durian gugur, mereka berhasrat untuk mengutipnya setelah dipastikan jumlah yang terkumpul ialah lima biji durian. Sewaktu sedang menunggu buah durian lainnya gugur, rakan Sazali telah bercerita tentang kaum di Sabah yang boleh menyihir untuk mengalihkan kemaluan ke kepala(dahi). Sedang mereka rancak berbual-bual, tiba-tiba di hadapan mereka berdiri gagah lembaga hitam yang besar dan tinggi setinggi pokok kelapa merenung tajam ke arah mereka berdua, sambil bercekak pinggang. Apalagi, kedua-dua mereka pun bingkas bangun dan cabut lari menuju ke arah kenderaan pacuan empat roda mereka. Mereka memandu kenderaan mereka dengan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Setibanya mereka di rumah, kelihatan di hadapan rumah Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman berdiri menunggu sambil bercekak pinggang. Aksinya saling tak tumpah seperti lembaga hitam yang mereka lihat sebentar tadi. Mereka telah dimarahi oleh Dato' Meor Abdul Rahman kerana bercerita yang bukan-bukan di kawasan makam.
Sazali juga berkesempatan menemui Rasyid Maidin, ketua PKM ketika berada di rumahnya di Taiping dalam tahun 1970-an. Ketika itu beliau sedang berada di hadapan rumahnya. Tiba-tiba datang seorang lelaki bertanyakan Sazali,"Di mana rumah Cikgu Meor Rahman?" Setelah diberitahu oleh Sazali bahawa rumahnya ialah rumah Dato'Meor Abdul Rahman, maka lelaki berkenaan pun memberi salam dan memasuki rumah Dato' Meor Abdul Rahman. Setelah lelaki tersebut pulang, Sazali telah bertanyakan ayahandanya siapakah lelaki yang datang tadi. "Itulah Rasyid Maidin..."kata Dato' Meor Abdul Rahman. Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman pernah bertemu dengan Rashid Maidin ketika di zaman pemerintahan Jepun dahulu. Ketika itu Mahaguru Meor Abdul Rahman menjadi seorang askar Jepun dan Rashid Maidin adalah seorang gerila PKM. Sewaktu zaman pemerintahan Jepun, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman berjaya menangkap beberapa orang ketua PKM yang terkenal kebal dan handal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan