Ahad, 5 September 2010

TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM P&P PIPAQ DAN PIBA

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dunia globalisasi sekarang tidak boleh lari dengan kemajuan teknologi. Dengan kata lain, kemajuan teknologi telah bergerak seiring dengan proses perkembangan dan pembangunan pelbagai sektor dalam sesebuah negara. Teknologi yang dimaksudkan termasuklah dalam bidang pendidikan yang mana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pendidikan dan pengajaran. Walau bagaimanapun, jika kita lihat sekarang ini ramai guru pendidikan islam memandang rendah terhadap kemajuan teknologi dalam pendidikan ini. Sebagai isunya bagi kita sebagai mahasiswa FAKULTI PENDIDIKAN ISLAM PIPAQ dan PIBA yang bakal mengajar sabjek pendidikan islam setelah bekerja nanti masih wujub pemikiran seperti yang saya senaraikan ini:


1. Teknologi dalam pendidikan tidak sesuai diterapkan dalam pendidikan islam

2. Sumber rujukan dalam pendidikan islam hanya boleh diambil dari kitab sahaja

3. Pembelajaran bergurukan komputer tidak mendapat keberkatan

4. Memerlukan kos yang tinggi

5. Tidak mengikut cara pembelajaran yang diajar oleh ulama dahulu

2 ulasan:

  1. salam..macam kenal jah pendahuluan ayat..nk same..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wth,

    Pada pemikiran saya :

    1)Semua mata pelajaran sesuai menggunakan teknologi sebagai BBM, termasuk P.Islam.
    Banyak guru PI yg telah menggunakan teknologi dan pelajar sangat tertarik dgn teknologi tersebut spt e-book.

    2)Di dalam komputer sekarang juga terdapat pelbagai sumber rujukan termasuk kitab/ buku ilmiah

    3)Keberkatan merupakan perkara yg terlalu umum

    4)Kerajaan telah memberikan computer percuma kpd para guru

    5)Guru-guru PI perlu mengikut perubahan zaman, jangan jadi seperti katak di bawah tempurung dengan pemikiran kuno seolah-olah taksub tanpa ilmu

    Sekian, terima kasih

    Prof. Mohamad Akmal Amali B Jamaluddin
    A126874

    BalasPadam